Program Pelajar

Selasa, 28 Julai 2009

XTVT BADAN KEBAJIKAN

AKTIVITI BADAN KEBAJIKAN PKKJ BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

Nature Bikers Club (Batu Pahat) BATU PAHAT HASH RID
Date : 12 July 2009 (Sunday)
Time : 7.30-8.00am (Registration)
Venue : Dataran Batu Pahat
Distance : 55 Km (35km for chicken run
Fee : RM15 (include nasi beriani n Goodies)

Kebiasaannya setiap riders yang menyertai sesuatu jamboree pasti mempunyai objektif dan matlamat yang tersendiri. Ada yang target nak dapat Top 10, Top 100 atau nak completed all the CPs. Ada juga yang nak merasa bukit2 di setiap jamboree dan tak kurang juga yang pergi disebabkan keracunan dari kawan-kawan. Jamboree kali ini rider tegar PKKJ seramai 10 orang iaitu Sdr Ali Gunung, Sdr Helmi, Sdr Zulkifli, Sdr Sai`an, Sdr Ust Huda, Sdr Yazid, Sdr Solihin, Sdr Ong, Sdr Jemi dan Sdr Long.Dua orang geng PKKJ gagal menghadirkan diri di saat-saat akhir. Saipol demam manakala Jefri ada urusan yang tidak dapat dielakkan.SdrZaini tertinggal

Sahabat PKKJ bersama rakan-rakan Team Muar.

Seawal jam 6.30 pagi rider tegar PKKJ OREO sudah terpacak di Dataran Batu Pahat. Medan parkir di depan Majlis Daerah Batu Pahat bertentangan dengan Dataran Batu Pahat telah sesak dengan tayar kereta dan tayar basikal peserta-peserta jamboree. Sahabat PKKJ sibuk menyediakan jentera masing-masing sementara aku sibuk mendaftarkan masuk nama rakan- rakan dan mengambil ‘Buah Tangan’ yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tepat jam 8.00 pagi air-horn dibunyikan dan semua riders dilepaskan dari garisan permulaan. Masing2 meluru dan memecut umpama kambing terlepas dari kandang. Kelihatan beberapa state riders seusia anak remaja juga turut serta. Pasti power giler bebudak ni…tak terkejar le GAMAKNYA. Kami seperti biasa santai je…Laluan awal menyusuri lengkok jalan raya berbukit sejauh lebih kurang 5km sebelum masuk ke jalan utama DH atau OFFROAD

Lebih kurang 20 minit berkayuh akhirnya trail head sudah kelihatan. Dua orang Marshall memberi isyarat supaya membelok ke kanan dan memasuki trail head off road. Muqadimmah off road disajikan dengan first climbing batu gravel sepanjang lebih kurang 600 meter di kawasan yang agak terbuka, penanaman semula anak getah. Ramai riders yang mendahului tadi sudah mula menolak basikal mereka. Tak kurang juga beberapa riders yang masih terjegat kat trail head…agaknya dalam hati mereka…humang aii..

Kayuh perlahan2 memotong beberapa riders ( kena Potong Ade ler)Semakin lama tekanan kaki ke atas pedal semakin berat walaupun shifter telah ditolak ke gear paling ringan. Training minggu lalu di banyak membantu dari segi fizikal dan mental. Mentari pagi sudah mula menyapa kulit muka namun masih terasa nyaman dan selesa. Lumrah hukum alam…dah naik mestilah ada turunnya. DH pertama, masih lagi laluan berturap batu gravel hitam, tak banyak cabarannya lagi tapi sekurang-kurangnya masa DH digunakan untuk menghela nafas melepaskan karbon dioksida yang banyak terkumpul ketika climbing tadi. Starategi kali ini cuba untuk kurangkan rehat, bak kata kekawan …penat di mulut…kayuh dikaki.Tak mengapa…tak payah cerita panjang mai kita lihat foto yang sempat ditangkap..tak banyak. Sebab nak pegang kamera pun dah mengiggil. Tahniah yang Berjaya menawan kesemua CPs..sapa lagi SDR SOLIHIN!!!!!! Ler. Yang lain Chicken Run Aje.

Kau kebanggaan kami.....

PLAT untuk jentera yang menyertai JAMBOREE......

Sdr Zaini di puncak Bukit Banang
Menunggu sahabat yang belum tiba....tetiba meka yang ditunggu.

Rasa lega tak terkata...segala sendi terasa adanya

Bersiap untuk berjuang ..........


Ha...ha....hampeh.......haus.


Jentera penggerak dah naik bumbung....


Sambung cerita dilain masa….wassalam.


SELAMAT DATANG KE PUSAT KOKURIKULUM JOHOR KEM TASEK UTARA