Program Pelajar

Sabtu, 15 November 2008

PUSAT KO ?

Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan individu.

Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana pendidikan luar berserta dengan khidmat Jurulatih yang terlatih selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pelajaran dan agensi luar yang dibenarkan.

OBJEKTIF PENUBUHAN

LATAR BELAKANG PUSAT KOKURIKULUM NEGERI

Pusat Kokurikulum Negeri merupakan sebuah pusat aktiviti yang melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar disamping mengutamakan konsep peningkatan pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai murni yang membawa ke arah kecemerlangan individu.

Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang bercorak pendidikan dan ianya berupa pengalaman pembelajaran. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, seperti gerak kerja pakaian seragam, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Ianya dilaksanakan sebagai lanjutan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah serta sebagai pelengkap kepada usaha menanam dan mengukuhkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar.

Gerak kerja kokurikulum adalah salah satu kursus pengajian sekolah. Ini termaktub di dalam peraturan sekolah 1956 dan Akta Pelajaran 1961. sahingga tahun 2000 pihak Kementerian Pendidikan Malaysia belum mempunyai Pusat Latihan Kokurikulum khas untuk melaksanakan program kokurikulum yang bercorak bukan sukan seperti perkhemahan pelajar, kursus motivasi dan bina semangat.

Beberapa badan induk yang menaungi persatuan / kelab yang bergerak di sekolah membantu merancang dan melaksanakan gerak kerja kokurikulum yang disertai oleh pelajar seperti Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Polis, Puteri Islam, Persatuan Seni Bela Diri dan sebagainya. Walaupun aktiviti yang dijalankan dirancang berpandukan kepada kehendak dan keperluan kokurikulum, tetapi gerak kerja tersebut berjalan berasingan. Dengan demikian tahap penyampaian dan pencapaian adalah berbeza.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri telah menganjur banyak aktiviti kokurikulum seperti Kursus Perkhemahan Dalam Cuti, Khemah Kerja Integrasi, Kursus Kepimpinan Pelajar, Kursus Cinta Alam, Seni Bela Diri, Kembara Muda dan Perkhemahan Motivasi. Disebabkan tiada kemudahan dan kepakaran , maka program ini terpaksa dilaksanakan di kawasan milik agensi-agensi lain seperti Jabatan Hutan, PERHILITAN, pihak swasta dan kerajaan-kerajaan negeri. Tenaga pengajar diperolehi dari agensi luar bagi membantu menjayakan program-program tersebut.

Cadangan penubuhan Pusat Kokurikulum Negeri telah dikemukakan dan diluluskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang (JPP) ke 114 pada 12 November 1991 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pendidikan.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Kurikulum Baru Sekolah Menengah dan Wawasan 2020 maka objektif penubuhan Pusat Kokurikulum Negeri ialah:

Menyediakan kawasan khas milik Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kemudahan asas untuk melaksanakan kegiatan pembelajaran, melalui gerak kerja kokurikulum, pendidikan luar, pendidikan alam sekitar, pendidikan kemahiran hidup yang dapat digunakan secara beramai-ramai.

Menjadi pusat membina semangat dan motivasi untuk pendidikan, guru dan kakitangan perkhidmatan pendidikan.

Menambah prasarana pendidikan negara sambil menampung kekurangan kemudahan dalam bidang ini.

Menerapkan nilai positif dan meningkatkan disiplin kendiri melalui program dan aktiviti yang dikelolakan.

Menjadi tempat kepada warga pendidikan mengembangkan bakat dan kemahiran di dalam ilmu pendidikan luar.

Sebagai tempat kepada sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan peralatan dan kepakaran untuk menjalankan kegiatan kokurikulum.

Menambah kemudahan dan tempat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dan memberi peluang kepada semua pelajar menjalankan aktiviti di premis Kementerian Pelajaran Malaysia dengan lebih baik dan terancang.

STRATEGI PELAKSANAAN

Pelaksanaan program keseluruhan adalah seperti berikut:

Menyediakan prasarana asas meliputi perolehan tapak, bangunan-bangunan, api, air dan peralatan.

Mewujudkan perjawatan yang perlu.

Menyediakan kurikulum / modul aktiviti.

Melatih satu kumpulan jurulatih dan pemudahcara.

Menyediakan tapak kawasan – kawasan hutan yang luas mengandungi bentuk fizikal yang sesuai untuk aktiviti yang pelbagai dan mencabar.

Menyediakan beberapa kemudahan perlu seperti bangunan pentadbiran, surau, dewan serbaguna, bangunan penginapan, tandas, tapak perkhemahan, padang, pagar, bekalan api dan air.

Menyediakan jawatan-jawatan perlu.

Menyediakan kurikulum Pusat Kokurikulum dan dokumen yang berkaitan dengan Pusat Kokurikulum Negeri dan Pusat Kokurikulum Daerah dari masa ke semasa.

Melatih dan mengiktiraf jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri.

Menjalankan kegiatan di peringkat sekooah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Merancang dan menyediakan program dan kurikulum aktiviti.

Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia, kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan, Biro Tata Negara, Badan-badan Induk Pasukan Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan, Khidmat Masyarakat, Sukarela dan Seni Bela Diri.

Mengusahakan tajaan dari pihak swasta untuk bersama-sama melaksanakan program.

KONSEP LATIHAN

Berbentuk pakej latihan di luar bilik darjah yang mengutamakan proses pendidikan secara amali di dalam suasana sebenar. Latihan ini dirancang bersesuaian dengan kumpulan sasaran secara sepenuh masa yang menunjuk ke arah membentuk sikap positif, berketrampilan, berakhlak mulia, berdisiplin dan boleh mengatasi sebarang cabaran dalam semua keadaan.

KUMPULAN SASARAN

Murid sekolah rendah

Pelajar sekolah menengah

Warga pendidik seperti guru, guru-guru pelatih dan pelajar-pelajar IPT

Peserta agensi-agensi lain

AKTIVITI SASARAN PUSAT KOKURIKULUM NEGERI

Aktiviti Pusat Kokurikulum Negeri

Aktiviti Jabatan Pelajaran Negeri

Aktiviti Jabatan Pelajaran / Kementerian dengan Agensi Luar

Aktiviti Kementerian Pelajaran Malaysia

Aktiviti Agensi Luar
SELAMAT DATANG KE PUSAT KOKURIKULUM JOHOR KEM TASEK UTARA