Program Pelajar

Jumaat, 6 November 2009

BATU PAHAT HASH.....satu ketika dulu.

Batu Pahat Hash.....selamat menonton..wak_along

TAHNIAH.......

SANTAI : Aidilfitri Ride

AIDIL FITRI......


Salam November...lama dah tak d update blog ini. berjumpa dengan kalian Ju PKKJ. Macam-macam peristiwa dah berlalu...mendatang setia menunggu. Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan xtviti berkayuh basikal...(asyik2 basikal..x der lain ker)... sabo..nanti sempat semuanya saya upoloadkan.



Ringkasnya..Raya Yang lepas kami berempat: Ishak Halus, Otai Zaini, Otai Sai'an n aku g mengayuh untuk membuang lemak2 yang ada selepas berhari raya sakan. Kekawan lain x dapat menyertainya kerana sibuk dengan open housnya. Tapi kami...Kayuh tetep kayuh....



Kayuhan bermula di TOWER 13 certia seram kat TV3 tu...kayuhan sejauh 45 km..up n down hill...rentas anak sungai dan macam-macam. Nak putus urat aku....lama x kayuh.. sekali kayuh fuh..Geng lain staday....aje . Lepas kayuh kami g rumah PKKJ Maria Kulai...Majlis persandingan beliau....selamat Pengantin Baru. Kami doakan kalian bahagia ke akhir hayat... Tima kasih Maria..dapat goodies he...he....



Balik...kami kena cendol tapai pulut...yumi2...enak...cerita selanjutnya sat lagi..
SALAM 1 MALAYSIA.......wak along


Selasa, 28 Julai 2009

XTVT BADAN KEBAJIKAN

AKTIVITI BADAN KEBAJIKAN PKKJ BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

Nature Bikers Club (Batu Pahat) BATU PAHAT HASH RID
Date : 12 July 2009 (Sunday)
Time : 7.30-8.00am (Registration)
Venue : Dataran Batu Pahat
Distance : 55 Km (35km for chicken run
Fee : RM15 (include nasi beriani n Goodies)

Kebiasaannya setiap riders yang menyertai sesuatu jamboree pasti mempunyai objektif dan matlamat yang tersendiri. Ada yang target nak dapat Top 10, Top 100 atau nak completed all the CPs. Ada juga yang nak merasa bukit2 di setiap jamboree dan tak kurang juga yang pergi disebabkan keracunan dari kawan-kawan. Jamboree kali ini rider tegar PKKJ seramai 10 orang iaitu Sdr Ali Gunung, Sdr Helmi, Sdr Zulkifli, Sdr Sai`an, Sdr Ust Huda, Sdr Yazid, Sdr Solihin, Sdr Ong, Sdr Jemi dan Sdr Long.Dua orang geng PKKJ gagal menghadirkan diri di saat-saat akhir. Saipol demam manakala Jefri ada urusan yang tidak dapat dielakkan.SdrZaini tertinggal

Sahabat PKKJ bersama rakan-rakan Team Muar.

Seawal jam 6.30 pagi rider tegar PKKJ OREO sudah terpacak di Dataran Batu Pahat. Medan parkir di depan Majlis Daerah Batu Pahat bertentangan dengan Dataran Batu Pahat telah sesak dengan tayar kereta dan tayar basikal peserta-peserta jamboree. Sahabat PKKJ sibuk menyediakan jentera masing-masing sementara aku sibuk mendaftarkan masuk nama rakan- rakan dan mengambil ‘Buah Tangan’ yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tepat jam 8.00 pagi air-horn dibunyikan dan semua riders dilepaskan dari garisan permulaan. Masing2 meluru dan memecut umpama kambing terlepas dari kandang. Kelihatan beberapa state riders seusia anak remaja juga turut serta. Pasti power giler bebudak ni…tak terkejar le GAMAKNYA. Kami seperti biasa santai je…Laluan awal menyusuri lengkok jalan raya berbukit sejauh lebih kurang 5km sebelum masuk ke jalan utama DH atau OFFROAD

Lebih kurang 20 minit berkayuh akhirnya trail head sudah kelihatan. Dua orang Marshall memberi isyarat supaya membelok ke kanan dan memasuki trail head off road. Muqadimmah off road disajikan dengan first climbing batu gravel sepanjang lebih kurang 600 meter di kawasan yang agak terbuka, penanaman semula anak getah. Ramai riders yang mendahului tadi sudah mula menolak basikal mereka. Tak kurang juga beberapa riders yang masih terjegat kat trail head…agaknya dalam hati mereka…humang aii..

Kayuh perlahan2 memotong beberapa riders ( kena Potong Ade ler)Semakin lama tekanan kaki ke atas pedal semakin berat walaupun shifter telah ditolak ke gear paling ringan. Training minggu lalu di banyak membantu dari segi fizikal dan mental. Mentari pagi sudah mula menyapa kulit muka namun masih terasa nyaman dan selesa. Lumrah hukum alam…dah naik mestilah ada turunnya. DH pertama, masih lagi laluan berturap batu gravel hitam, tak banyak cabarannya lagi tapi sekurang-kurangnya masa DH digunakan untuk menghela nafas melepaskan karbon dioksida yang banyak terkumpul ketika climbing tadi. Starategi kali ini cuba untuk kurangkan rehat, bak kata kekawan …penat di mulut…kayuh dikaki.Tak mengapa…tak payah cerita panjang mai kita lihat foto yang sempat ditangkap..tak banyak. Sebab nak pegang kamera pun dah mengiggil. Tahniah yang Berjaya menawan kesemua CPs..sapa lagi SDR SOLIHIN!!!!!! Ler. Yang lain Chicken Run Aje.

Kau kebanggaan kami.....

PLAT untuk jentera yang menyertai JAMBOREE......

Sdr Zaini di puncak Bukit Banang
Menunggu sahabat yang belum tiba....tetiba meka yang ditunggu.

Rasa lega tak terkata...segala sendi terasa adanya

Bersiap untuk berjuang ..........


Ha...ha....hampeh.......haus.


Jentera penggerak dah naik bumbung....


Sambung cerita dilain masa….wassalam.


Jumaat, 3 Julai 2009

INFO TERKINI







CABARAN MUAR-LEDANG


Telah terlaksana sudah....SYABAS




Sambung cerita tentang CABARAN MUAR _ LEDANG







Hanya Galeri Gambar dapat diperlihatkan...














Selasa, 6 Januari 2009

Kayuhan Keluang Mersing


2008 Telah berlalu pegi. Mendahuluinya tahun hijriah 1429. Telahpun melabuhkan tirainya dan membuka tahun baru 1430H. Selamat menyambut tahun baru - hijriah dan masehi...Semoga kedatangan tahun baru tidak disambut dan diisi dengan perkara lagho (melalaikan)...

Pada 27 dan 28 Disember lalu maka berlakulah kayuhan Keluang-Mersing yang di kelolakan oleh Saudara Ali. Maka Badan Kebajikan Jurulatih mengambil kesempatan ini untuk turut serta. Walaupun punggung masih panas dek kayuhan Muar-Gunung Ledang belum reda, panggilan Keluang - Mersing tak boleh dilepaskan. Maka sekonyong-konyong sahabat handai berkumpul di Keluang bermarkas di rumah Sdr Ali unuk mulakan kayuhan. Wakil setiap daerah telah siap terpancul diawal pagi, dimulakan dengan "warm up" dan bacaan doa maka berkayuhlah adanya semua sahabat ke Pekan Kahang. Di setiap perjalanan di ambil satu persatu sahabat yang sedia menunggu di perjalanan pergi. Maka jadilah ia 32 gerangan adanya. Marshall tetap membantu kelancaran perjalanan yang agak sibuk dek kenderaan.

Berkayuh dari Keluang jam 8.00 pagi , berhenti sebentar di persimpangan Felda Nitar-Jamaluang. Pertukaran ahli kayuhan dilaukkan. Berhenti NGETEH , di persimpangan Felda Nitar- Mersing. Sebelum itu terpaksa melepasi sebuah bukit yang rakan-rakan gelar "Bukit Saian" wallahuallam. Bagai na tercabut lutut..tapi berjaya semuanya.

Rombongan kayuhan selamat sampai di Bandar Mersing pada jam 3.00 petang. Terus Check In Kat Hotel....lupa nama. Rombongan di sambut baik oleh warga mersing. Tanpa membuang masa , kami mencari tempat mengalas perut.... Sdr. Abu Zar menjenguk kami. Terima kasih Sdr Abu Zar. Walaupun sibuk menghantar rombongan meminang, beliau sempat bertemu dengan rombongan kayuhan. Terima kasih..

Sdr. Kumar datang agak lewat...pergi melawat saudara JU Keluang yang meninggal dunia. Oh ya. Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada Sdr Suffian yang telah kembali ke rahmatullah.
Semoga dicucuru rahmat keatasnya. Amin.

Sebelah malam kami melayan Sdr Kumar memancing. Terima kasih saudara Azamani, sampai tak jadi menanda kertas malam tu dek melayan kami. Seronok memancing, dapatnya hanya 4 ekor aje. Jam 2.00 pagi baru balik hotel. Esok jam 6.00 dah bangun untuk bersedia bekayuh pulang ke Keluang. Rombongan berkayuh pulang ke Keluang jam 8.00 pagi. Alhamdulillah semua selamat sampai . Semoga aktiviti kayuhan santai ini dapat diteruskan ke daerah yang lain pula. Salam bertemu kembali.

Untuk tatapan semua geleri gambar dipertontonkan di bawah.

Berkumpul di rumah Sdr Ali, sebelum memulakan kayuhan.Sdr Zaini, Kamal, Ali, Saia'n, Zul dan Ong bersiap sedia untuk mula berkayuh.

Berkumpul di Bandar Keluang untuk bersama sahabat yang lain.

Sdr Saia'n dan Sdr Zul sedang beraksi...
Berkumpul di depan hotel penginapan sebelum memulakan kayuhan ke Keluang.

Perjalanan masih jauh.....kayuh tetap kayuh....

SELAMAT DATANG KE PUSAT KOKURIKULUM JOHOR KEM TASEK UTARA